Admin




Ini lah dia wajah pengasas radio 3GFM gempak, Lebey di kenali sebagai DJ Icuk 
Berasal dari Sungai Besar Selangor Darul Ehsan. Bekerja dan menetap di Selangor.



Siti Norhaizat atau lebih mesra di panggil "Kak Long" Bersasal dari Port Dikson Negeri Sembilan dan kini menetap di Seremban Antara pengasas awal radio 3gfm bersama Icuk dan yang lain. Mudah mesra dan peramah orangnya, Mempunyai hati yang lembut dan banyak taman di dalamnya, Beliau juga sangat peka dengan kehadiran pos pos di wall 3gfm.



Naz Rie, Yang berasal dari Teluk Intan Perak menetap di Pelabuhan Kelang Selangor Darul Ehsan, Beliau juga adalah Salah seorang DJ radio 3gfm degan memiliki suara yang syahdu, Mudah mesra dan macho orangnya, tapi harap maklum beliau dah berpunye.
    


Mohammad Hafiz, Berasal dari Sarawak, Yang kini menetap di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Beliau juga adalah Salah seorang DJ radio 3gfm , Memiliki suara yang merdu terutama ketika menyanyi (jangan tak percaya) Beliau juga boleh mendklimasikan puisi atau madah, Disamping perihatin dalam pengurusan hal ehwal dalaman 3gfm bersama admin-admin yang lain.



Haaa ini dia Nurulizza Hj Ab Karim, yang berasal dari Port Dikson Negeri sembilan,.Beliau juga adalah Salah seorang DJ radio 3gfm yang sinonimnya dikenali dengan nama Murai Juga salah seorang Dj yang ceria di wall akan tetapi jangan terperanjat, Orang nya agak berbeda dengan perwatakan beliau di wall, Dengan mencari gosip-gosip panas di kalangan warga 3gfm, Orangya peramah dan cun tapi harap almaklumlah demand katanya .



Aq Yan rakan admin radio 3gfm, banyak juga terlibat dalam aktiviti yg di anjurkan 3gfm, Seorang yang ceria, Berasal dan menetap di Negeri Sembilan seperti Kak Long, Masih Solo lagi , Cuma tak pasti beliau ni demand ke tak .



Az Clozz Berasal dan menetap di Pekan Pahang Darul Makmur, Beliau juga salah seorang admin yang peramah dan mudah mesra , Disamping perwatakan beliau yang agak kelakar mudah mencuit hati .



Saadkuidam Khan Berasal dari Johor Bahru dan menetap di Ampang Kuala Lumpur, Beliau juga salah seorang admin yang peramah dan mudah mesra , Disamping perwatakan beliau yang agak kelakar mudah mencuit hati, Dan beliau juga salah seorang "Kumiraman" atau Juru foto yang berkebolehan.